BILA AKU SUDAH TIADA...

Assalamualaikum...

Sejak kecil lagi aku di besarkan dalam keluarga yang sederhana, 9 orang adik beradik kesemuanya. Abah seorang "Mandor" Majlis Perbandaran dan Mak seorang yang sangat berdedikasi dengan perniagaan "direct selling". Lazimnya Abah akan keluar rumah seawal jam 4.30 pagi, menguruskan pasukannya, dia juga lah yang akan menggerakkan semua ahli keluarga untuk bangun pagi. Sarapan yang Abah sediakan "simple" telur separuh masak dan Kopi O. Mak pula dengan persiapan perniagaannya (kuih tradisional, nasi lemak, dan kedai runcit...)

Akulah yang paling liat nak bangun.... awal pagi tu bro.. hihihhii...

Maka bersiaplah kami sekeluarga untuk hari ini... kadang-kala aku ambil kesempatan mengikuti Abah ke tempat kerjanya sebelum di hantar ke sekolah.. anak bongsu... "extra treatment..."

...................................................................................................................................................................

Kini, giliran aku... 

bersama isteri yang dicintai.... kami di anugerahkan 2 orang Puteri dan 2 orang Putera.. alhamdulillah.. pada usia 37 tahun sedikit demi sedikit mula merasai apa itu "TUA".. 

ya.. masa tidak pernah menunggu kita, apa yang berlaku telah pun menjadi sejarah yang akan terus disimpan sebagai kenangan. Masa sekarang adalah untuk mencorakkan Masa Hadapan, perkara yang sangat penting adalah ILMU.. tak kisahlah.. formal atau tidak formal, yang penting usaha menambah ILMU itu tak boleh terhenti.

Keluarga kami sederhana sahaja, Alhamdulillah.. mencukupi bagi kami sekeluarga. Bagaimanapun.. aku tetap menyimpan cita-cita agar Isteri dan anak-anakku mendapat pendidikan Agama yang baik, makanan yang Halal dan berkualiti, kesihatan yang baik.. Insyaallah... 

Bila aku tiada lagi... aku mohon pada ALLAH S.W.T agar sentiasa melindungi dan memelihara mereka semua.. ya.. tiada tiada harta yang boleh aku tinggalkan untuk mereka.. jadi aku mencari jalannya.. semoga ALLAH S.W.T memberkati dan mempermudahkan usahaku

insyaallah...


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa kita perlukan Medical Card

Semua Takaful / Insurans sama